Hyee... there is some other things out there thats is slightly different from us.. but apart from that.... they just wanna be able to complete their jouney.. somehow...

BEWARE!!!

Sunday, September 25

Suruh Pergi Temankan DIA..

Lama dah aku tak menulis disini. Bukan tiada kejadian yang berlaku, namun kekangan masa membuatkan aku sukar untuk menulis. Cuma malam ni aku rasa terpanggil nak cerita sesuatu yang berlaku tak lama dulu. 

Aku belajar disebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Dalam entri yang dulu pun aku pernah bagi tahu. Kalau yang mengikuti blog aku yang INI, pasti tahu. Aku dapat tinggal di asrama. Berlaku dalam sem ini juga. SEM 3.

Pada satu malam, aku nak buat assg. Namun line internet di bilikku agak susah, jadi aku berpindah ke bilik lain. Memandangkan bilik tu mmg laju internetnya, aku berniat nak tidur disitu. Aku ada seorang roomate. Mulanya dia lepak sekali di bilik itu. Tapi sebab dia dah penat dia balik ke bilik kitorg sbb nak tidur. Dia ajak aku suh balik bilik sekali. Tapi aku kata nnt aku balik la... (padahal dah niat nak tidur situ :p)

Aku pun sambung buat kerja, tiba2 je tak dapat line langsung. Aku mula rasa lain. Aku balik ke bilik, nak basuh mangkuk (baru lepas makan megi... studentlah katakan), aku tengok roomie aku tu tengah on9. Dia kata laju je line. Aku masuk balik bilik tadi... masih tiada line. Aku mmg dah rasa lain macam. Macam ada benda yang nak suh aku balik bilik... 

jadi aku kemas barang semua, aku balik bilik, aku tanya kat roomie aku...

aku: hang ada maki2 aku tak suh balik bilik?
roomie: (tergamam) mana ada. awat hang tanya?
aku: jap gi aku cita

aku masuk bilik tadi untuk amik lappy aku ni. balik je ke bilik aku. aku cita kat dia balik apa yang aku rasa...
baru dia ngaku, memang dia maki aku pun suh aku balik bilik ni teman dia takut sorg2. Heheh.. apa kena mengena dengan dia?

Kisahnya macam ni, roomie aku ni mmg ada benda jaga. Jadi masa yang kawan aku duk takut tu, benda tu suh aku balik bilik temankan dia. Tu je... mcmne aku tahu? Instinct aku kuat sikit bab benda2 cam ni kadang. Dah dia target kat aku.. hehehe Jadi sbb nak menjaga roomie aku ni, tu yang dia duk kacau aku suh balik bilik tu...

Tapi kisah akhirnya, roomie aku ni duk tidoq bilik lain. Tinggal aku sorg2.. hampeh punya roomie....

Monday, August 23

CHAK!! AKU NAMPAK KO..

kisah yg aku bgtau sebelum ni... memang kisah benar... tapi sebelum tu ada jugak berlaku benda2 ni kat aku...
ni kisah aku..


masa tu aku dalam tingkatan lima.. sekolah aku ada anjurkan aktiviti bacaan yasin dan solat hajat sempena nak menduduki PMR n SPM. sekolah aku takde dewan tertutup.. cuma ade satu kawasan lapang kat bawah bilik guru yg memng open.. selalunye kitorg gune tempat tu untuk perhimpunan kalau hari hujan...


nk djadikan cerita.. hari tu malam jumaat... sesuai sangat untuk bacaan ayat yassin n solat hajat.. mase tu jugaklah aku nampak die.. alah.. yg main chak -chak ngan tu tuh..


kisahnye begini...


mase tu baru lepas habis solat maghrib, tengah tunggu isyak.. aku pula duduk kat paling hujung.. pada pikian aku... senang nk g toilet @ seumpamanya.. kebetulan kat sebelah aku tu bangunan yang lain.. n diantara dewan tu n bangunan tu die ade tanam rimbunan pokok... kat situlah mulanya aku nampak sesuatu.. aku nampak hitam n putih.. pada tanggapan aku rambut die kot.. panjang.. tapi die membelakangi aku.. menuju ke bahagian depan..


tibe2 die menghilang.. aku ingt itu ajelah.. sambil aku menunggu isyak tu.. aku tertengok ke atas.. ade lagi die.. di lalu kat koridor dr bangunn sebelah aku ke bangunn aku yg bawah nye dewan nih.. dia jalan @ lalu.. slow.. je.. aku pun xleh nak lepaskan mata.. bile sampam dibangunan dan aku memang dah xboleh lagi nampak die aku still algi mendongak ke atas.. tak tahu nape.. tibe2.. kepala die je trjulur dari balik bangunan tu.. macam main chak- chak pula ngan aku.. hee


aku agak kegigilan.. aku tak bagi sape pun mase tu.. aku tunggu solat.. soalt hajat.. aku balik n tidor..
esoknya baru aku story kat sape.. haiyoooh..


sape die ek... yang main chak- chak itu...???

SESUATU DI BALIK JENDELA



kisah ni memang berlaku kat aku... aku boleh nampak benda-benda yang tak ramai orang lain boleh nampak.. ni mungkin kelebihan yang Allah kurniakan pada aku.. tapi tak setiap masa aku boleh nampak. kadang-kadang je..


peristiwa ni berlaku kat tempat aku belajar sekarang ni.. aku baru je masuk belajar kat sini tak sampai sebulan.. bak kata orang.. Junior.. Allhamdulillah.. aku dapat tawaran asrama.. kalau nak diikutkan.. tak jauh mane pun rumah aku ngan tempat aku belajar ni.. tapi sebab aku penat berulang alik jadi aku minta asrama..


kisah yang aku nak cite ni berlaku masa aku duduk bilik di tingkat 3.. satu bilik ada 8 katil masa tu.. dan bilik tu pulak menghadap kawasan yang tak berapa nak dipanggil hutan.. 


satu malam tu.. roomate aku duk bersuka-ria bergelak ketawa.. ada je benda nak diceritakan.. lebih- labih kisah- kisah masa mingu orientasi.. yelah baru masuk.. aku pun join sekali...


roomate 1; SYATOON DATANG... SYAITOON DATANG..
roomate 2; HAHAHAHAHA..


mase ni aku tengah duduk kat asta lantai menghadap ke tingkap.. yang lain duduk atas kerusi dan katil..
jadi masa tu aku sorang je yang nampak @ perasan akan satu kelibat putih di tingkap.. samar-samar sangat.. macam kain kelambu.. samar sampai boleh tembus...


aku dah rasa lain macam.. yelah masa tu kul 2, 3 pagi.. masing2 masih memekak lagi.. no wonder lah benda tu datang.. aku terus sound benda tu..


aku; aku tak nak kau datang sini.. aku kata pergi... pergi...


benda tu terus hilang secara perlahan-lahan.. makin kabur.. maikn samr n hilang terus.. aku tengok je..
budak2 lain tercengang..semua toleh ke tingkap tapi masing-masing tak nampaak pe..
masing2 tak tau yang aku boleh nampak sesuatu..


roomate 1: Kak Joe.. kak Joe cakap ngan sape..
aku; tak de benda lah.. saje je.. dah malam ni.. jangan bising2 sangat..


aku sengaja tak bagitahu diorang.. takot nanti ada yang tak tidor malam.. aku bg nasihat je..
tapi kemudian aku bagitahu juga... terkejut juga lah.. jadi malam2 yang berikutnya tak de sape nk buat bising sangat.. lebih-lebih lagi waktu malam2 buta..


tapi agak-agak korang.. ape benda tu???